Ini adalah salah satu lagi manifesto-manifesto oleh parti politik, demi untuk mendapatkan sokongan terhadap undi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir ini. Kami berpendapat bahawa ini adalah satu-satunya manifesto menarik yang sebenarnya sudah sepatutnya dilaksanakan.PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.“Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut,” jelasnyaBeliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing.“Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.“Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan,” jelasnya.Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta.Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.
Kami ingin mendengar pula, apa reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai kereta ini? Adakah Barisan Nasional akan cuba untuk mengikut rentak? Kini sudah tiba masanya perlu ada kemaskini dalam cukai kereta yang membebankan.
Apa pendapat anda pula?