Thursday

Baik dan Buruk Berpoligami

Ada seorang wanita yang berpurdah menegur saya kerana saya benci poligami, katanya saya menentang Allah...

Jika ianya tidak membawa kebaikan kepada Kita adakah Kita perlu akur?

Kenapa saya benci poligami? Sebab saya dikelilingi ramai ahli keluarga yang berpoligami, dan saya lihat dan mengalami keadaan mereka, percaya lah hidup mereka menderita, tiada bahgia, sentiasa bergolak, tiada keadilan, penuh dengan onak dan duri, bukan saja para isteri, tetapi suami juga tertekan, ada yang tak tahan, tinggal duduk dalam hutan nak lari dari masalah yang mereka cari sendiri.

Poligami hanya sunnah jika mampu dan bukannya wajib. Mungkin Hanya 1 dalam 100,000 ribu lelaki sahaja yang mampu, itu pun tidak sempurna sepenuhnya.

Rasulullah saja yang mampu, itu pun masih ada perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri beliau.


Kebaikan
1) Meramaikan anak dan umat Islam
2) Mengelak Suami dari melakukan zina, jika isteri sakit, mandul atau tidak mampu melayan kehendak suami.
3) Memenuhi naluri wanita dari segi material dan keperluan batin, jika lelaki itu mampu.

Keburukan
1) jika suami itu tidak boleh berlaku adil dari segi material dan keperluan batin, Akan berlaku pergolakan diantara isteri-isteri.
2) Perasaan semula jadi cemburu diantara isteri-isteri yang boleh menimbulkan WW3
3) Masalah emosi pada isteri tua yang boleh membawa keburukan seperti gila, bunuh diri dan sebagainya.
4) Perebutan harta bila suami mati
5) Kebanyakan isteri tidak suka berkongsi suami dan tidak boleh terima kenyataan suami ada wanita lain di hati walaupun suami itu mampu dari segi harta kerana hakikatnya berlaku adil adalah suatu perkara yang amat payah dari segi kasih sayang.
6) Isteri muda dianiaya kerana kerenah isteri tua dan anak2 isteri tua.


Kesimpulan: jauhilah poligami jika tak mampu menghadapi dugaan yang menyakitkan. Bagi wanita yang belum berkahwin, Insya Allah Akan dijodohkan di akhirat kelak, jangan berkongsi suami kerana padah akibatnya. Suami dan isteri kena banyak bersabar dan kompromi untuk mendapat keberkatan dari segi rezeki dan keredhaan Allah.


Dune

I must not fear.
Fear is the mind-killer.
Fear is the little-death that brings total obliteration.
I will face my fear.
I will permit it to pass over me and through me.

~Bene Gesserit Litany Against Fear