Perniagaan emas hanya dijalankan dikalangan mereka yang boleh dipercayai dan rekomen dari rakan-rakan atau saudara mara sahaja. Aktiviti ini dijalankan melalui online dan juga offline. Perniagaan jual/beli emas ini dijalankan dengan berbagai cara dari 1gm hingga beratus-ratus kilogram sehari.
Diantara perniagaan emas yang dijalankan dikalangan bangsa melayu ialah secara tunai, tangguh, ansuran, kontra, gandaan dan pairing. Anda boleh pilih yang mana satu sesuai dengan modal yang ada di tangan anda. Harga jual/beli emas mengikut carta harga MKS setiap hari.
Konsep Perniagaan seperti ini telah lama bertapak di kalangan bangsa cina, mamak dan bangsa Acheh di sini. Mereka hanya menolong bangsa mereka, harga murah dikalangan mereka sahaja, dan jual kepada bangsa lain dengan harga tinggi. Bangsa Cina mempunyai kekuatan ekonomi di negara kita, mereka supply apa-apa sahaja, dan kita bangsa melayu terpaksa beli dari mereka dengan harga yang mahal. Manakala bangsa Acheh menapak disini dengan perniagaan kedai runcit mereka, walaupun mereka beli dari bangsa cina, ekonomi mereka masih tinggi berbanding bangsa melayu sendiri. Dari bangsa kita Hanya orang-orang Kelantan sahaja yang mempunyai sikap jemaah seperti orang acheh ini, mereka adalah natural born business nation macam bangsa cina juga, cuma dalam skop yang lebih kecil.
Mari kita tingkatkan ekonomi ummah. Selamat berjaya bangsaku!